Memaparkan catatan dengan label Fariz Write. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fariz Write. Papar semua catatan

Khamis, 12 Ogos 2021

BOSTO BT-16HD (Bosto 16HD) Not Really Recommended

PENGENALAN
Beli Bosto BT-16HD ni April 2021. Si penjual friendly. Aku mintak jumpa dan test. Masa tu boleh keluar dah. Walaupun kes harian 1300 average.

15 - 16 inch ni ngam nak lukis. Besar sangat pun tak best.

Selasa, 11 Ogos 2020

Research vs Kajian



 Hari tu kecoh dalam medsos pasal kebaikan pokok lidah buaya. Pokok ni bercambah-cambah kat laman rumah aku. Aku aware yang keviralan itu pernah terjadi 7 tahun lepas. Sebab aku pernah buat garage sales dan pokok tu terjual.

Harga pokok tu melambung dalam toko-toko online. Demand ada. Sampai cecah ratus dengar-dengarnya. Kelebihan dan kebaikan disenaraikan. Research dan kajian menggalakkan diletakkan sebagai indoor plant.

Seperti kebanyakkan reseach viral, selang beberapa minggu akan keluarlah pulak counter statement yang mengatakan bende ni bahaya. Racun! Kajian telah membuktikan.

Setakat sebulan dua ni aku dah baca pasal bahaya Vics dan minyak cap kapak bahaya kalau sapu pada hidung anak-anak. Kajian terbaru manyatakan santan is good. Santan bukan setan. Kajian menunjukkan terdapat kencing lembu dalam rempah kari. Reseach membuktikan corona virus boleh air borne selama 8 jam.

So siapa Encik Reseach dan Dr Kajian ni sebenarnya?

Sabtu, 5 Oktober 2019

ANIFEST 2019


Pejam celik sedar tak sedar pameran animasi tempatan ini dah masuk kali ke 5 penganjurannya. ANIFEST 2019 ini dianjurkan oleh ANIMAS dan ASWARA (tahun ini saja). Networking dan sokongan terhadap ANIFEST semakin meriah, kali ini menyaksikan penglibatan 26 IPT tempatan dan satu dari IKJ Jakarta!

ANIFEST merupakan satu event yang mengumpulkan pengiat animasi, komik dan kartun. Sememangnya ketiga-tiga profession ini senang untuk saling tindih menindih. Apa yang kurang, atau belum ada, adalah sokongan dari big players animasi tempatan. Upin Ipin, Boboiboy, Agen Ali, Didi & Friends TIDAK ada di sini.

Mungkin ada benar kata Metro Man "There's a Yin for every Yang," Bila nama-nama besar tidak ada, kita nampak talent lain. Raw, young and powerful. Sangat menerujakan. Pusing-pusinglah, ada saja mamat mana ntah dengan drawing yang kuat, character design yang menarik. Ada saja senyuman passionate dan sembang penuh cita. Mungkin dikalangan mereka akan satu hari menjadi international IP creator kita tak tahu.

Tapi amat bagus kalau ANIFEST selepas ini boleh menjadi medan show off talent dan tapak sembang future collaboration. Aku rasa bagus idea aku!

Isnin, 6 Mei 2019

Tangki Air Rumah Bocor

Ini cerita bulan februari lalu. Atau... ini bukan cerita, ini ringkasan fakta.

Harga tukar tangki RM2,500.00
Kena deposit sikit nak beli tangki.

Tangki air rumah bocor: kalau bocor tepi boleh tampal. Kalau bocor bawah memang kena tukar.

Kerja menukar tangki melibatkan membuka bumbung, memotong kayu bumbung, memasuk dan mengeluarkan tangki, dan mengganti tangki serta pipe sekitarnya.

Tangki fibre glass hitam. Ada choice tangki aluminium.

Tangki bocor kerana batu kecik. Alaslah plywood.

Kerja makan masa 4 jam.

Ini gambar-gambar.

Pernah dibersihkan. Ini keladak 5 tahun.

Isnin, 1 April 2019

Bulan Kartunis Malaysia 2019

Mereka semua kartunis!
April merupakan Bulan Kartunis Malaysia. Maka, mereka yang pernah atau sedang mencari makan sebagai seorang pelukis kartun dan komik, layak disambut dalam bulan ini. Tahun lepas, 1 April diangkat sebagai Hari Kartunis Malaysia, tahun ini, telah dibulankan. 

Aku yang kebetulan berada sekitar Rumah Kartun dan Komik Malaysia, Tasik Perdana, ini mengambil kesempatan hadir pada majlis perasmian Bulan Kartunis Malaysia. Dalam berpuluh-puluh kartunis yang hadir, aku cuma kenal seorang dua sahaja - itu pun dari dalam dunia animasi. Aku tak tahupun mereka kartunis. Majlis perasmian berlangsung dengan sederhana dan meriah. Dinding-dinding pameran penuh dengan hasil karya orang-orang berbakat, sehingga boleh

Khamis, 15 November 2018

04/30 - Life Hardships

It was a normal day at the office when I got a message from a friend in need.
This guys needs some money. Knowing him, I know it's hard for him to ask for a help. What more for money. And the amount he asked for wouldn't last him and his family beyond the day.

He is going through the moment when you start questioning life. Doubting God. And losing hope. I wish I could do more. I feel texting encouraging words would worsen the case. I did text him - minimum words.
May you and your family will never have to go through what I am going through - he replied.
I wish I could do more.

Selasa, 13 November 2018

03/30 - Minor Glitch


So you have a goal. You want to stop smoking. After just 2 days, you light one up again. You fail. And a lot of people gave up all together. But this article I read once rationalised that making mistakes, are a human thing. If we can recognised this as minor glitch, we will eventually get to stop smoking. You will get to your goals with some minor glitch.

Smoking, diet, exercise and writing.

Day 03/30

Khamis, 8 November 2018

02/30 - Ideas


I have actually tried this before. Writing consistently. What was lacking is not the flair, not the time, but the story.

Ideas, either in the form of paintings, writings, cartoon strips or inventions, comes from reading and experiencing. From doing stuff. Experiencing new things.

By going through life on a routine, doing the same thing day in and day out, ideas can be drain out. Routine, a human behaviour, dulls out life.

Reading is a good source of ideas. Reading is cheap and mobile. Reading is experiencing other people experience. Reading is harvesting ideas. As long as you read without prejudice.

02/30 - The Dirty Staircase


It was dirty, filthy and smells of urine. The staircase and the area in front of the lift. I can't stand it anymore, so I pulled out my garden hose. A bright orange 30 metre long hose. I turned on the water and sprayed all over the staircase. I put the water to full force. From where i stand, I could even wash the area in front of the lift. Mom looked at me and said thank you in an almost whispering voice.

"It's free," I replied pointing to the water pipe.

Soon, the place was clean. A lady, resident of the flat, came out and rearrange the shoes in front of her house. She walked back into the house. I was pretty sure she is my sister. All was neat and tidy then. I washed the whole 4 or 5 floors without moving from my place. I accidentally washed down a slipper from the lady's place. It fell to the ground floor. She'll picked it up herself, I thought.

Day 02/30

Rabu, 7 November 2018

01/30 - So I Decided To Write


Embracing the social media trend I came up with a hashtag 30 days challenge. As the school holidays is nearing, I came up with this idea for my children. Do something for 30 days. One simple thing, craft, art, write, anything that can be learn, for 30 days non stop. Spend a few minutes, maybe half an hour each day.

One decided to go with origami. The other one still haven't found his thing.

And I am going with writing. Lets throw in a drawing together with this. How about that?

Day 01/30

Selasa, 24 Julai 2018

PAMERAN KASIH BUNGA PUTIH: ROH KEMANUSIAAN


Satu pameran seni yang sangat berprestij, mempamerkan karya antara artis terbilang tanahair, sedang berlangsung sehingga hujung Julai 2018 ini. Pameran yang diberi nama KASIH BUNGA PUTIH: ROH KEMANUSIAAN ini diadakan bagi memperingati Sasterawan Negara Dato’ Dr Usman Awang yang telah banyak menyumbang pada seni dan politik tanahair. Wan Osman Wan Awang lahir di

Ahad, 22 Julai 2018

Kartunis Tembakau Yang Aku Kenal

Aku tidaklah akrab dengan Tembakau. Tapi bolehlah aku whatsapp dia dan dia whatsapp aku. Kali pertama aku dikenalkan pada Tembakau serke 2012 adalah atas dasar job storyboard. Itu jugalah kali pertama aku dengar nama Tembakau dan karya Kartininya. Barangkali karyanya hit ketika aku sudah tidak lagi membaca majalah humor.


Satu dua board pertamanya masih dalam bentuk manual
kalau tak salah aku

So jadinya aku kenal Tembakau as board artist, bukan as kartunis. Dia pernah menstoryboardkan 3D animated series bertajuk Semangat Tuah, hasil direction aku dan

Jumaat, 20 Julai 2018

Kerajaan Baru Sistem Lama: Bolehkah RTM?

Satu laporan Bernama menyebut:

"Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan memperkenalkan mekanisme baharu mengenai permohonan dan penyaluran dana kerajaan bagi penerbitan dokumentari untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM), dalam masa terdekat.

Menterinya Gobind Singh Deo berkata sistem sedia ada mempunyai banyak kelemahan yang perlu diperbaiki, termasuk masalah ketirisan."


Kebanyakkan penggiat seni kedai kopi menyambut baik satement Menteri baru. Namun, andai diteliti, sistem kerajaan dahulu amat baik. Syarat, peraturan, procedure dalam mendapatkan tender kerajaan sebenarnya satu peraturan yang telah diteliti dan ditambahbaik dari masa ke masa.

Ketirisan itu bukannya pada ketidaksesuaian dan kelemahan sistem. Ketirisan itu pada orang yang menyelenggara sistem - pada pegawai kerajaan, pada pemilkiran dan pada branding govement servant yang telah diterap masuk zaman berzaman.

The Boss is Always Right merupakan satu sikap yang dipegang ramai pegawai kerajaan atasan, so much so, mereka mampu menyatakan pendirian mereka secara terbuka, memegang prinsip ini.

Maka siapa sahaja yang menerajui RTM, akan punya masalah kerana sikap pegawainya yang angguk tanpa soal kerana aku hanya menjalankan tugas aku. Sekumpulan lagi pegawainya yang beretika tidak pula berjawatan dan tidak ada saluran mengadu kecelakaan.

Tuan Menteri perlu menyelak semula pintu RTM, memandang tenang penjawatnya dan berkata, "kalau nak menurut biar berakal, kalau mengikut biar pintar," pijak bola raga dan bukalah kuda-kuda.

Khamis, 19 Julai 2018

Pameran Seni Lakar Wanita 2018

Gambar oleh Balai Seni Negara

Di sebelah belakang Creative Space, Balai Seni Negara adalah serving table makan-makan untuk petang itu. Aku bau macam diorang serve serawa durian. Harum. Sangat terpanggil untuk menceduk barang semangkuk dua. Tapi aku takde time. Tiga jam allocation di Pameran Seni 2018 oleh Lakar Wanita bagai tidak cukup.

Lakar Wanita adalah satu kumpulan seni yang diasaskan oleh Zurin Shaari pada tahun 2015. Ketika itu Zurin Shaari mahu menentukan hala tuju karyanya. Tidak lagi mahu sekadar menunggu pameran dianjurkan untuk disertai. Zurin Shaari melihat kumpulan Okra dan Pelita Hati sebagai satu inspirasi. Dikumpulnya rakan-rakan yang berkarya. Satu common thing among them is mereka semuanya wanita. Maka, semudah itu, kumpulan seni ini ditubuhkan. Eliza antara artis yang dijemput dan telah menjadi penyokong kuat kepada terealitinya kumpulan ini. Nama Lakar Wanita itu dicadangkan oleh Hidawati (I think so kata Zurin) dan next thing lead to another, Lakar Wanita berjaya mendapat tempat di Galeri Shah Alam untuk pameran pertama mereka pada tahun 2016. Ketika itu Lakar Wanita dianggotai oleh 7 orang artis dan kesemua mereka tenaga pengajar di UiTM Shah Alam.

Pameran Seni 2018 oleh Lakar Wanita kali ini merupakan pameran berkumpulan ke tiga mereka sejak ditubuhkan. Jumlah artisnya bertambah. Tidak lagi sekadar dari sekitar

Ahad, 24 Jun 2018

Prem & Amoi: Sketches Raya

Selamat Hari Raya

Ada dua orang gadis. Berbaju kurung turquise itu Amoi aku panggil.

Amoi pegang pistol, berboot Dr Martens socks grey. Berbangle dan berchoker. Duduk atas kerusi antik, runner pua kumbu Sarawak. Prem, gadis berkebaya biru muda terlalu kurus. Memakai VR yang dimodified, berbunga orkid di rambut panjangnya. Pakai bangle dan boots kulit. Berkain songket. Mengikat pinggang dengan kain ikat merah, berpending. Tangan kanannya berbalut ala-Rey. Memegang staff Rey yang palsu di beli dari mudah.my. Di kaki Prem adalah seekor kucing random. Aku teringat Aunty Lolo dan Tan Pan.


Ada stool, R2D2, buku atas lantai, power extension. Kotak monitor, remote HyppTV, Ijoy vape dan beberapa e-liquid. EX5 merah, tin biskut cina, tombak prop dan tripod video. Manfrotto barangkali.


Sofa one seater. Nice kalau kaler kuning berlining umber.



Coffee table wood drift jati, bakul ayaman, kepala vacuum Pensonic, frame gambar, lilin deco, lighter Cricket, charcoal stick, acrylic dan brush jumpa bawah sofa masa vacuum semalam. Sejak bila ntah le. Sanitary pad - yes, my girl dah dewasa.


Almari buku jati. Buku dan buku dan buku yang beli tapi tak terbaca, album gambar dulu, AT-AT. Frame gambar Universal Studio Singapore orang bagi. Mangkok sia, pelita ayam, random books. Poster frame Ikea, payung pasar malam dan kaki, tongkat bertempat duduk untuk solat dan kotak berisi barang kenangan. Pokok Heliconia dalam pasu, salah satu catan Zurin Shaari, work lain, sejadah bersidai dan bendera PKR bergantung.


Motor naik tangga?

Selasa, 6 Februari 2018

Seni Lukis & Seni Reka: Antara Minat dan Suka-Suka

Pengalaman bertemu pelajar lepasan SPM di Karnival Pendidikan Tinggi Negara KPTN tempoh hari. Ramai yang masih ragu-ragu samada mereka ada minat atau bakat dalam bidang seni. Rata-rata pelajar kurang faham mentafsir apa itu minat dan apa yang dikatakan suka-suka. Selalunya bila ditanya berkenaan minat melukis, pelajar akan mengangkat dahi, mata melihat atas sedikit, berfikir dan perlahan-lahan berkata, "Minat." Kurang tegas dan separa percaya.

Seni merupakan satu bidang yang luas. Biasanya merujuk kepada satu kepakaran yang melibatkan kemahiran menggunakan tangan untuk menghasilkan sesuatu yang indah. Bagi pelajar lepasan SPM, seni merupakan satu cabang ilmu yang ditawarkan oleh kebanyakkan IPTA dan IPTS seluruh negara. Seni sebagai satu bidang pembelajaran biasanya terbahagi 2. Seni persembahan dan seni tampak. Seni persembahan adalah tarian, muzik, lakonan dan seumpamanya. Manakala seni tampak lebih luas, dari seni reka grafik, seni halus, seni logam halus, seni tekstil, seramik termasuklah animasi. Kelompok seni tampak ini asasnya adalah melukis.

Saya rumuskan:

Minat Melukis
Sentiasa melukis - pada buku teks, buku kerja, kertas soalan SPM, pada waktu lapang, pada malam hari, kadang tahan mengantuk kerananya.

Suka Suka
Melukis hanya bila bosan.

Minat Melukis
Ada keinginan untuk menunjukkan/share hasil karya

Suka-Suka
Kurang keinginan untuk menunjukkan/share hasil karya

Minat Melukis
Ada rasa ingin improve. Mula meniru lukisan artis lain.
Mula merujuk dalam melukis. Tengok pokok jambu dan lukis pokok jambu, bukan dari imaginasi.

Sudah mula detailing.
Watak pakai baju apa, bawak beg jenama apa.

Sudah mula menyimpan hasil karya. Sudah mula ada sketch book.

Sudah mula cuba upload karya dalam deviant art, art station dll.

Pada pelajar lepasan SPM, hati-hati pilih kursus anda. 

Selasa, 17 Oktober 2017

NICE 2017 @ TPM

Peminat Animasi, Hassan Muthalib & Fariz Ghazali.

A forum was organised by ANIMAS for the KL-SCI-FI CONVENTION (NICE) and Hassan Muthalib was invited to give a talk. I was the moderator. The place was noisy as the hall held a few talks, games and meet-the-fan session all at once. Sounds were coming in all direction. Amid the clamour, we managed (Hassan of course) to deliver the talk.
What was interesting was the fact that there were people, although only 2 couples, who came just for this ! Both couples were a father-son. The one in the picture had a long after event talk with us. He is a fan of the local animation scene. I never though there were non-animators being interested in this scene. There are fans of the animation itself, but this guy was curious with the history, development and the on going of the industry. Amazing !

He didn't buy the book though.

Still for sale.


Rabu, 31 Mei 2017

HILANG TAK BERGANTI


Hilang Tak Berganti merupakan satu terbitan sempena Pameran Terbuka Potret & Karikatur P.Ramlee yang dianjurkan oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Buku ini bukan sahaja berhasrat menonjolkan hasil seni tampak yang terpamer, tetapi juga hasil penulisan yang berkenaan.

Allahyarham Tan Sri P.Ramlee merupakan seorang tokoh seniman agung yang dikenali bukan sahaja melampaui negara ini malah merentasi masa dan zamannya. Filem-filemnya evergreen dan turut diminati anak-anak muda zaman ini. Karya P.Ramlee bukan sahaja mendokumentasikan masa dan isu zaman itu, ia juga adalah satu kritikan masyarakat secara halus dan santai. Ia menerapkan unsur moral, akhlak dan kemasyarakatan. Walau bagaimanapun, dengan zaman kian berubah, high speed internet, movies on your palm dan hiburan skrin dari luar nan-makin mudah dicapai, rasa khuatir karya-karya agung P.Ramlee akan luput, tetap ada. Usaha patut diambil, walau sekecil manapun, agar filem dan kenamaan P.Ramlee tidak luput. Harapnya, buku ini dapat mengangkat martabat P.Ramlee - sekali lagi, agar tidak lenyap ditelan zaman.

Ketokohan P.Ramlee dalam seninya semestinya menjadi inspirasi pada pelajar-pelajar seni negara ini amnya dan khususnya pada pelajar-pelajar seni ASWARA sendiri. Sepaling tidak, buku ini juga merupakan tanda terima kasih pada Karyawan Agung Tan Sri P.Ramlee sendiri.

Editor.

Khamis, 27 April 2017

Animasi: Experience VS Formal Education

Mazlan, Ayie, Mahadi & Zol Tojo.
Department Visual Art UNISEL kelmarin telah mengadakan satu event di Balai Seni Visual Negara. Tahniah UNISEL. Event CINEMINI ini bertujuan menayangkan hasil kerja para pelajarnya dan memberi penganugerahan pada mereka yang score. Aku datang (dijemput dan diminta dijemput) hanya untuk menghadiri satu forum bertajuk INDUSTRY vs EDUCATION - asalnya. Tajuk ini telah di tone down kepada Experience & Formal Education akhirnya.


Isnin, 24 April 2017

Cara Menghadapi Temuduga Kursus Seni Lukis & Seni Reka: PELAJAR LEPASAN SPM.


Tips kepada pelajar lepasan SPM.
Tips berdasarkan pengalaman menemuduga pelajar.

Atas banyak kelemahan pelajar (kenapa tak bertanya pada cikgu sekolah ?) saya terpanggil untuk menulis. Selain pemakaian, sijil dan tingkah laku sopan dan bersesuaian, sebagai pelajar yang ingin menghadapi temuduga bidang seni tampak, anda perlu bersedia dengan portfolio masing-masing.