Isnin, 29 Februari 2016

Seyogia: Ulasan Buku

Kelmarin aku berada dalam bas ke Johor. Sepanjang 5 jam perjalanan aku settle baca buku terbitan Lejen Press ni. Dua puluh ringgit beli dan habis baca dalam 5 jam. Bertahun tulis dan hanya dapat 10% dari royalti buku. Berbaloi ke? Aku berbaloi. Penulis aku tak tau la.

Novel Seyogia bersama ikan laga betina.

Aku sebenarnya tergolong dalam masyarakat yang hanya melihat buku sebagai suatu objek atau alat yang mengisi masa lapang” menurut kata penulis Karl Agant. Dan kelmarin aku ada masa lapang di dalam bas.

Sinopsis cerita buku-buku publisher indie ni kadang-kadang merapu. Bukan sinopsis pun. Tajuk pun blur, cover pun takde indication dan sinopsis pun macam tak sinopsis. (Seadilnya kesamaran sinopsis tidak hanya tertakluk pada buku cerita dari publisher indie saja)

Aku beli atas dasar 'belasah je la..' Sebab dah maghrib, kena balik. Sebenarnya ada juga advantage dalam kekurangan sinopsis cerita publisher indie ni.  Kita baca tanpa tahu cerita, tanpa boleh agak ending. Kalau bernasib baik, happy lah semua. Kalau tak, bertambahlah lagi satu buku yang tak habis baca pada rak kat rumah.

Sinopsis Seyogia karya Amal Hassan ini pun agak tidak menjelaskan jenis buku dan expectation pada isinya. Dah habis baca, baca balik sinopsis tu baru faham. Aku yang slow rupanya.

Seyogia merupakan satu novel rintihan anak muda yang penuh masalah-masalah cliche. Tapi penceritaannya tetap menarik kerana ada twist sini sikit, sana sikit. Ada satu dua plot yang dirasakan over, ada satu dua tempat yang dirasakan perfect sangat. Penceritaannya agak meleret di tengah-tengah cerita tapi aku OK je. Style masing-masing.

Aku pun tak berapa tahu erti maksud Seyogia. Biasa dengar agaknya di kuliah masjid-masjid. Biasanya dalam kitab-kitab yang diterjemahkan zaman bahasa melayu lama. Dan macam pernah baca pada penulisan Gila-Gila dulu dulu. Entah.

Jengahan pada google memperjelaskan erti Seyogia. Selayaknya kata Dewan Bahasa. Selayaknya dia yang terpilih mewakili kami kaum nelayan – contoh.

Seandainya anda suka cerita pasal remaja-remaji ini, seandainya anda cenderung kepada cerita-cerita 'quite disturbing' (sepertimana abang aku describe buku-buku publisher indie) ini, silakan lah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan