Khamis, 10 Disember 2015

Why Do We Sketch ?


Mesin yang mengeluarkan air kopi, nescafe, milo dan teh taik secara percuma.

Why do we fall master Bruce? Tanya orang tua Alfred pada budak kecil itu yang suatu hari nanti akan menjadi Batman !!

We fall to learn to pick ourselves up. Jawab orang tua yang bertanya itu semula. Sambil mendukung Bruce yang tadi terjatuh. Ke itu bapak Bruce yang cakap ? Aku tak ingat rentetan movie tu.


Maka why do we sketch ?

Aku pun tak tau. Tapi aku sketch kerana..

School Boy Illustration


Rabu, 9 Disember 2015

The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared




Aku baru habis baca buku ni - The 100-Year-Old Man Who Climbed Out of the Window and Disappeared. Tulisan Jonas Jonasson. Kalau korang layan Forest Gump, ini ala-ala Forest Gump. Tapi atuk Allan Karlson lagi ting-tong dan jauh lagi weng dari Forest Gump.

Disyorkan untuk membacanya, walaupun tebal, menarik. Adalah juga disyorkan diprint peta Sweden dan negara-negara jirannya. Lagi baik kalau ada google map depan anda. Bukan lah kemestian untuk memahami cerita tapi nak layan lebih.

Tak nak spoil apa-apa (sebab kebelakangan ini aku tak minat tunggu trailer, aku lagi suka masuk tengok wayang tanpa ada pengatahuan sikit pun) takut tercerita banyak.

Ahad, 6 Disember 2015

PerempuanTua Di Kedai Sup: Aku Berbulu


Ini bukan book review. Ini rasa berbulu.

Setelah hampir 40 minit aku pusing dua baris rak itu berkali kali, akhirnya aku capai buku ni dan satu lagi kat rak buku English dan terus ke counter.

Aku start tahun ini dengan peningkatan pada azam tahun sudah. Peningkatan drastik. (Aku berazam ikut kiraan hijrah, jadi baru Safar masa aku beli ni.) Aku berazam nak baca 12 buah buku. Tahun lepas azam aku 1. Dan tahun lepas aku habis 1 setengah.

Jadi aku ke kedai buku MPH untuk "beli je dulu". Dan ntah kenapa aku beli buku ni, Jangan tanya kenapa. Serius jangan.. Cover dia tak menarik. Menarik la, cuma lukisannya terlihat agak muda. Mentah. Anak baru belajar melukis. Tapi ada bakat. Siapa artist-nya aku tak tau. Dan mula-mula aku baca, aku ingat tajuk dia PerempuanTua Di Kedai Sup Petak Daud. Aku tak ternampak pulak design ini memisahkan Petak Daud dengan tajuknya. Salah aku. Maybe salah Petak Daud sebab namanya tak macam nama melayu lain. Sup Petak mungkin resepi.

Nak kata mungkin sebab tajuk menarik, 5 tahun kebelakangan ni tajuk buku dah menarik dan santai. Local dan bertelo. Ber-telo bukan bertelur. Berloghat. Sesantai tagline company melayu dan produk langsing badan.

Dan setelah dibelek aku nampak logo publishernya Dubok (Dubook) Ceritera kekurangan C di situ. Apa dah..

Tapi aku berbulu sebenarnya sebab dia tak letak, bukan saja di kulit, tapi dalam-dalam pun, apa-apa indication yang buku ini adalah himpunan cerpen senarnya.!!

Aku juga berbulu dengan style simple penulis yang tak masuk deep sangat pasal watak fizikal character. Kadang-kadang aku tak tau laki ke perempuan ke sampai nak habis cerita.

Himpunan cerita ini juga merupakan himpunan cerita kosong. As what the pendahuluan said. At times open ending. Kadang-kadang takde start takde habis. Sangat award winning short film punya style.

Aku angkat mata juga bagaimana sepanjang cerita ini perihal hisap ganja dan mabuk arak ditulis sepintas lalu bagai tak berdosa. Macam kita tengok orang hisap rokok tak tegur: macam tak berdosa. Macam kita tengok peha gebu dan seluar ketat.

Aku kerut dahi sikit bila cerita dalam ni lebih dari ganja dan mabuk tadi.

Aku berbulu memikirkan anak-anak remaja yang terbaca naskah ini dan merasakan hisap ganja dan mabuk arak adalah senormal peha gebu dan seluar ketat.

Aku berbulu mungkin sebab aku tak biasa dengan penulisan Petak Daud. Aku rasa seram sikit-sikit memikirkan masa depan seni penulisan. Seni lakonan dah lama evil. (Senyum.) Publisher indie, sama jugak dengan bidang musik, juga filem dan duco, akan keluarkan benda-benda against the grain dan tongkah arus. Tak pulak aku aware berapa banyak buku semacam ini dalam pasaran. Mungkin satu hari terdekat, government kena ada lembaga penapisan buku dan rate kan buku. Supaya innocent young children tak terbaca bukan-bukan. Cukuplah diorang tengok yang bukan-bukan kat tv.

Kalau nak beli buku mamat ni, belilah dengan hati terbuka dan bukan dengan mindset keyboard warrior kat facebook.

Aku sebenarnya teruja dalam berbulu.


Khamis, 3 Disember 2015

Story Board and Shooting Board.





Storyboard is your blue print. Architect's plan and a manual instruction. You might have heard of shooting board. While storyboard has the look and feel, angle and the story tempo, a shooting board is more precise. The angle should be achievable in the real world, the background would be the setting at the set and the framing would be final. In short, a storyboard is what you present to your client for the job, while a shooting board is what the artist re-draw after the script is finalise and the location is lock.

Most animators would never come across the word shooting board. And most storyboard has all the shooting board quality. However the drawing is labelled, shooting board or story board, it should be able to convey the needs for the director (producers, DOP and aa lot of other guys) to pick it up and direct.

The storyboard you see here is drawn to be presented to client. My main purpose was to sell the 'new' and innovative look and the storytelling style. A heavily textured, a simple and universal character and a light way of conveying a heavy message.

Of course, this was presented with the real rendered 3D character design.

Rabu, 2 Disember 2015

1, 2, 3 Elli !!


Aku rasa bende ni susah nak capai dalam 3D. Kena 2D jugak baru zass..!

Working Title : 1, 2, 3 Elli. (kena nyanyi sikit)
Concept: Panjang aku nak tulis.




Selasa, 1 Disember 2015

Twinkle II

Sketches compiled.

Working Title: Twinkle
Format : Animation Series
Bila Nak Buat: Nak buat la ni..