Memaparkan catatan dengan label Drawing. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Drawing. Papar semua catatan

Rabu, 15 Februari 2023

Sketchbook 2023 / 02

 


Brush pen yang aku sentiasa bertagak nak beli. Those things yang you teringin tapi tahu for sure it will do nothing much to you. The boots yang mengiurkan tapi confirm main macam tu jugak, smartphone yang canggih tapi tetap tak akan angkat call member, jam mahal yang tak efficient pun pengurusan masa kau. So finally aku beli jugak. Went all the way to the shop malam-malam, angkut famili sekelian semata-mata kerana ini. Dan sudahnya..

Selasa, 14 Februari 2023

Sketchbook 2023 / 01

 


Depa kat alam saiber mengulang-ulang ayat practice makes perfect.
Menyebut-nyebut betapa with practice, you will improve.

Pengalaman pula menjadikan aku berpendapat bakat adalah anugerah tuhan sejak lahir. Practice akan sampai ke tahap maksima bakat sedia ada itu saja. Tak mungkin aku boleh pergi lebih dari ini.

Selasa, 11 Jun 2019

Evolusi Sketches Raya


Tahun 2017. Aku lukis digitally atas Cintiq.
Spontaneous.

2018. Pakai style sama.
I don't like the PKR girl though. Dia hilang kerek lukisan asal.
Aku suka amoi tu. This year aku kasik nama. Senang nak label kat layer.

Background planned and sketched.

Tahun 2019. Aku tukar nama amoi jadi Bulan.
Not much time (seharian jugak) being put into this.

Sketches RAYA

Ini standart kad raya dengan kawan tahap kutuk dan komen sesuka hati.
Group jiran dan group yang betul kenal.

Ini kad raya universal dan unisex.

Ini aku lukis kat Alpha kolej. File tinggal sana.
So tak update la. Aku pass je sapa-sapa.

Isnin, 28 Januari 2019

Sketchbook 2018

Setelah bertahun tanpanya, aku pun beli sketchbook awal tahun itu hari. Aku simpan sini yang elok-elok.


Zaganos main game.
Atas Meja


Anak terlantar atas katil hospital Avisena

Anak sakit atas katil

Anak sakit atas katil

Hari itu hujan 3 kali sehari



Rabu, 8 November 2017

Revo Girl



Learning to colour. The Revo Girl drawing is done 3 to 4 months apart.
The top is newer.

Selasa, 7 November 2017

Sketches 2002


Found this. It states the date as 16th May 2002.
I can clearly recall this job. A introduction video for Technology Park.
A fully 3D animated.

Selasa, 4 Julai 2017

Geram Hari Raya


Dua orang wanita, satu berkebaya satu baju kurung ter-alter. Ada gerai jual air soya, cutting board Ikea, pisau dan kuali tergantung. Senapang tersandar dengan guni gula, kotak-kotak harta dan sangkar burung tiga segi. Ada kontena susu dan stool kayu. Itik seekor dan jambu air seraga. Ada botol kaca atas kotak kayu, balang dan barang-barang atas kereta lembu.


Khamis, 16 Mac 2017

Random Male


2016. Digital.
Could not recall. Must be a random sketch.

WANITA

 Satu lakaran spontan sementara membuat kerja lain.
Digital A4. March 2017.

Rabu, 23 Disember 2015

Lukisan Figura Secara Langsung.

Lukisan Figura Secara Langsung..? Aku tak pernah tulis, dengar atau baca atau mendengar orang membaca perkataan Lukisan Figura Secara Langsung. Kali pertama aku tulis. Ini translation dari Life Figure Drawing.
Graphite (4B & 6B) on A3 80 gms drawing block.

Semalam aku berpeluang, setelah bertahun-tahun lamanya, untuk duduk dalam satu aktiviti lukisan figura secara langsung. Terima kasih fakulti Rekabentuk Komunikasi dan Visual (nama timangannya Fine Art) kerana menganjurkannya.

Maka sini sedikit tips yang aku ingin kongsi:

1. Istiqomah atau kekalkan atau maintain tools yang hendak anda pakai. Kalau pen atau textured paper, let it be. Kalau pensil, pensillah. Kalau watercolour, atau charcoal, atau apa saja, maintain sepanjang hari itu. Aku yang kekurangan tools bertukar-tukar antara pensil dan ink, mengganggu fokus dan melambatkan proses warm-up.

2. Decide samada anda nak practise atau nak produce satu artwork. Sebab kalau nak practise, maka jujurlah pada diri sendiri. Tak jadi, buat dan buat dan buat lagi sampai jadi. Facial susah.. study dan study  dan study lagi sampai dapat. Kalau nak buat artwork, pandai-pandailah tackle subject matter biar advantage pada diri sendiri. Cuma, nak pesan, jangan berobah-robah niat dalam satu sesi.


Ink on A5 160 gms sketchbook.
3. Warm up dengan blind drawing dulu.

4. Kalau ada straight line pada background model, jadikan sebagai guide anda. Straight lines macam dinding, tiang dan sebagainya.

5. Duduk dengan selesa sebab anda juga akan kurang bergerak dan kaki boleh kebas.

6. Bagi yang sedang pushing 40s jangan hairan kalau mata anda kabur setelah beberapa lama. Hehehe...


Graphite (4B & 6B) on A3 80 gms drawing block.
Sekian dari saya.