Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Umum. Papar semua catatan

Selasa, 13 Disember 2011

Piala Seri Endon 2011




Tahniah buat isteri, Zurin dan rakan sepasukannya Ida dan Siti atas kejayaan kemenangan Piala Seri Endon 2011, kategori kraf yang lepas.


Rabu, 23 November 2011

Harimau Muda Punca Diabetik


Kelmarin, pasukan Harimau Muda Malaysia telah berjaya memenangi pingat emas dalam sukan SEA di Jakarta. Berkalung tahniah. Kemenangan kedua dalam masa setahun di depan penyokong tuan rumah yang membenci segenap kita, amatlah manis. Keterlaluan sehingga menyebabkan diabetik pada seluruh rakyat Malaysia.

Tak lengkap cerita tanpa menyebut nama Khairul Fahmi dan Baddrol Bakhtiar.

Bagi menokok manis kemenangan ini, aku pun mencari lah sesawang utusan dan tulisan dari Indonesia pagi esoknya. Cerita dan berita. Banyak akhbar online Indon tidak melaporkan kekalahan. Atau belum melaporkan. Eh, tapi aku melayari internet sudah jam 8 pagi semalam. Takkan tak lapor lagi? Mungkin dilewatkan atau dimalaskan. Kalah.. buat apa nak cerita..? kan.

Tapi apa yang menarik adalah tulisan orang Indonesia. Bahasa Indonesia. Yang jauh telah mendahului Bahasa Malaysia dalam perihal dipengaruhi bahasa inggeris. Ya, bahasa kita juga banyak dipengaruhi atau dicemari bahasa penjajah itu. Tapi belum lagi keterlaluan. Pengaruh bahasa lain memang tak salah.. tapi ini sudah menceduk tanpa maruah, bukan lagi pengaruh. Aku takut esok-esok kita akan jadi macam ni. Tak jauh. Lagi 5 tahun, kita akan jadi se'baik' bahasa Indonesia.

Suporter dan kiper, Grup dan medali emas. Mengeksekusi, grogi, filisofi, pengekstrekdasi.. dan ntah apa lagi yang ngeri.

Aniwey, if tidak keful, bahasa kita wil tercemar like thet dalam fyucher terdekat. Bilifmi!!.


Jumaat, 18 November 2011

Alamak! Badai Semalam..


Alamak..! Badai Semalam..! Hampa. Pelakon OK. Lebih dari OK. Tapi setakat tu je. Yang lain-lain semua mengecewakan dan tak tertaraf istana budaya. Dua perkataan penting: Istana dan Budaya..


Sabtu, 17 September 2011

Jalur Gemilang Lintang Pukang!


Tahun ni rakyat menyambut Hari Malaysia. 16 September. Perarakan diadakan pada Hari Malaysia sebab Hari Merdeka jatuh pada hari pertama Aidilfitri. Agak susah nak balik kampung dan berarak pada hari yang sama.

Maka saya penuh bersemangat mengibarkan bendera Malaysia sekeliling rumah sebulan menjelang Hari Malaysia. Ini sekitar rumah saya.




Ini bendera kita. Jalur Gemilang.


Ini pula wajah pereka Jalur Gemilang. Apakah ditiru, diambil inspirasi atau tak disengajakan sama, dengan bendera amerika, saya tak tau.


Yang jelas, kita sebagai rakyat Malaysia tau warna Jalur Gemilang dan tau maksud disebalik warna dan bintangnya. Walaupun ingat-ingat lupa, kita tau. Tapi banyak bendera yang dicetak dan dikibar dalam iklan adalah salah..! Tengok video promo ni..


Kuntum dan Chot dalam video ini pun tau. Jalur merah putih tu ada 8 kat atas dan 6 kat bawah. Barangkali yang tersalah tu tak sengajakan, tapi harap-harap lepas ini tidaklah terjadi lagi perkara seperti ini. (video di atas juga ada kesilapan pada Jalur Gemilang..)

Kek, iklan dan banner kat atas ni semua memaparkan Jalur Gemilang yang salah belangnya. Anwar Ibrahim pun salah benderanya.. Hehe.. Iklan kanak-kanak tu lagi la songsang habis. Kat bawah ni merupakan satu iklan promosi. Ini design atau bendera? Boleh ke buat macam ni? Aku pun tak tau.


Gambar bawah ni pula satu kek yang patriotik..! Tapi belang dia sekadar belang dan bintangnya sekadar bintang. Ini kek "Malaysia asal boleh"..

Beberapa tahun lepas ada keluar kenyataan dari JPM yang mengatakan tak boleh buat kek bendera sebab tak hormat.. nanti dipotong dan dimakan.. ye ke?


Seterusnya satu lagi kes rakyat yang sayang negara tapi kurang prihatin. Projek mamat ni agak menarik dan romantis, tapi sayang, sedikit kesilapan pada Jalur gemilang kita. Harap akan diperelok dimasa depan.

Sekali lagi belangnya sekadar belang. Jalur asal berjalur.


Nama bendera kita ni Jalur Gemilang. Tapi jalurnya pun lintang pukang, mana gemilangnya..?

Dan lain-lain gambar dalam internet yang aku cedok untuk menunjukkan kesilapan dan ketidakperihatinan kita. Bende kecik ke? Aku berpendapat tidak. Kita kenal mak bapak kita setiap inci wajahnya. Kita kenal anak-anak kita sifat dan tabiat. Sebab kita selalu menatap wajah mereka dan kita sayang pada mereka. Samalah..

Ini anak-anak saya. Anak-anak Malaysia, anak merdeka..! InsyaAllah.

Salam.