Sabtu, 5 Oktober 2019

ANIFEST 2019


Pejam celik sedar tak sedar pameran animasi tempatan ini dah masuk kali ke 5 penganjurannya. ANIFEST 2019 ini dianjurkan oleh ANIMAS dan ASWARA (tahun ini saja). Networking dan sokongan terhadap ANIFEST semakin meriah, kali ini menyaksikan penglibatan 26 IPT tempatan dan satu dari IKJ Jakarta!

ANIFEST merupakan satu event yang mengumpulkan pengiat animasi, komik dan kartun. Sememangnya ketiga-tiga profession ini senang untuk saling tindih menindih. Apa yang kurang, atau belum ada, adalah sokongan dari big players animasi tempatan. Upin Ipin, Boboiboy, Agen Ali, Didi & Friends TIDAK ada di sini.

Mungkin ada benar kata Metro Man "There's a Yin for every Yang," Bila nama-nama besar tidak ada, kita nampak talent lain. Raw, young and powerful. Sangat menerujakan. Pusing-pusinglah, ada saja mamat mana ntah dengan drawing yang kuat, character design yang menarik. Ada saja senyuman passionate dan sembang penuh cita. Mungkin dikalangan mereka akan satu hari menjadi international IP creator kita tak tahu.

Tapi amat bagus kalau ANIFEST selepas ini boleh menjadi medan show off talent dan tapak sembang future collaboration. Aku rasa bagus idea aku!

Jumaat, 20 September 2019

ANIFEST 2019 di USJ SUMMIT

Maka ini adalah gambar lain ketika ANIFEST dilangsungkan.


baca lagi. ada gambar lagi.

Khamis, 19 September 2019

ANIFEST @Summit USJ 2019


Telah berlangsung semalam, ANIFEST @Summit USJ 2019 yang dianjurkan oleh ANIMAS dan ASWARA. Persatuan Animasi Malaysia dan Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan. Ofkos Summit juga menyediakan tapak. Apart from mengumpulkan orang-orang animation, comic dan cartoon, ANIFEST kali ini dimeriahkan dengan involvement dari IPT seluruh negara dan satu dari Jakarta. Majlis ini juga telah mendapat perhatian dari Kementerian Pelancongan Seni & Budaya dan KSU sendiri telah hadir untuk merasmikannya. Kehadiran KSU telah memeriahkan dan membingitkan suasana. (Mana datang drummer?) Dikumpulkan gambar-gambar.

Gimmik Perasmian. Rektor ASWARA, Presiden ANIMAS, KSU Kementerian Pelancongan,
Seni & Budaya, Dekan Fakulti Animasi & Multimedia. 

Selasa, 13 Ogos 2019

Sg Lembing: Lombong Bijih Timah


Sesuatu yang menarik di (berdekatan) Kuantan adalah Lombong Bijih Timah Sg Lembing. Lima bintang, family oriented, tidak lucah dan tiket berbaloi. Ianya sebuah lombong bawah tanah (terowong) yang telah ditinggalkan dan kami menghabiskan dua jam di sana. 



Di Mana Sebenarnya ?
Terletak di Sg Lembing, Pahang. Dari pantai Teluk Chempedak lebih kurang sejam drive. Menyusuri jalan kampung yang aman namun sesekali dikejutkan oleh si rempit tempatan. Pekan Sg Lembing juga interesting. Pekan lama pekan cina.

Jumaat, 19 Julai 2019

DBKL Parking Rate 2019



If you are wondering what is the parking rate in KL today, well here you are. Jadi bolehlah congak nak naik Grab ke nak drive kan..?

Some pointers:
Kadar Parking DBKL ini ada had 2 jam. Maka kalau ada meeting, selalu kena turun. Setiapp 2 jam. DBKL cari makan dengan saman. Pakai TnG pun sama.

Setiap 2 jam akan dikenakan RM4. Turun sambung lagi kena lagi RM4.

Sekian.

Khamis, 13 Jun 2019

ANIMATION KINGDOM XII


Aku bersama Head of Animation Program, Azhar.

Aku berpeluang memeriahkan ANIMATION KINGDOM XII. Ini majlis Degree / Diploma Show FiTA yang dijenamakan sebagai ANIMATION KINGDOM. Catchy bukan?

Itu saja. Cukup.

Selasa, 11 Jun 2019

Evolusi Sketches Raya


Tahun 2017. Aku lukis digitally atas Cintiq.
Spontaneous.

2018. Pakai style sama.
I don't like the PKR girl though. Dia hilang kerek lukisan asal.
Aku suka amoi tu. This year aku kasik nama. Senang nak label kat layer.

Background planned and sketched.

Tahun 2019. Aku tukar nama amoi jadi Bulan.
Not much time (seharian jugak) being put into this.