Memaparkan catatan dengan label Sampul Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sampul Raya. Papar semua catatan

Sabtu, 18 Ogos 2018

Koleksi Sampul Raya 2012 / Hijrah 1433

Maka pada tahun 2012 bersamaan 1433 Hijrah aku dah ada banyak sikit koleksi angpow. Mungkin aku dah sedar yang aku collector santai sampul raya.
Di sini disertakan 15 design sampul raya.

Sampul Raya AEON yang disertakan sekali tarikh sambutan
- 1433 Hijrah.

Selasa, 3 Julai 2018

Koleksi Sampul Raya 2011

Aku kira tahun ini (2011) masih lagi belum betul niat aku mengumpul sampul raya. So, yang ada hanya beberapa. Tapi beberapa ini sangat cantik dan masing-masing unik. Tahun itu syarikat aku bekerja berurusan sama Al-Rajhi Bank. Maka sampul kami pun sampul Al-Rajhi lah.

Depan dan belakangnya.

Ahad, 17 Jun 2018

Koleksi Sampul Raya 2010

Kebarangkalian hobi ini bermula dengan tidak sengaja amatlah tinggi. Tapi diteruskan dari tahun ke tahun dengan harapan boleh satu hari nanti menyumbang kepada research phd sendiri, atau dimanafaatkan untuk research orang lain.

Koleksi sampul raya tahun 2010 sikit. Ada kemungkinan sebahagian dikeluarkan pada tahun sebelumnya tapi dapat kat anak aku tahun 2010, maka aku dokumentasikan sebagai Koleksi Sampul Raya 2010.

Angpau Bank Islam

Rekaan Sampul Raya Jusco 2010
Pasaraya AEON yang terkenal sekarang dahulunya dikenali sebagai pasaraya Jusco - Jaya Jusco sebelum-sebelumnya. Jusco memangpun merupakan pasaraya dibawah syarikat AEON. Jusco di Malaysia kemudiannya melalui proses penjenamaan semula pada Mac 2012. Sampul raya Jusco bercorak ala batik lepas ini meletakkan kedua-dua logo AEON dan juga JUSCO serta servis maxValue pada design sampul rayanya.

Sampul Raya MAA Takaful.
'Angpau' MAA Takaful bermutu tinggi, dengan finishing cetakan Spot UV. Sayangnya aku ambik gambar sambil lewa maka hasilnya tidak cantik. Menampakkan rekaan rumah melayu dan tulisan ala